[VIDEO] Tak Ingat Tarikh Nikah, Jawapan Suami Dira Abu Zahar Bikin Netizen berdekah– ‘You Nikah Dengan Siapa 23 Jun Tu?’
Sumber : X | @diraabuzahar
Selebriti yang kini juga seorang wakil rakyat, Datuk Dira Abu Zahar, mencuri perhatian apabila memuat naik video bersama suaminya, Syfik Izdzywan Sidek di TikTok.
Dalam video tersebut, Dira, atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, dilihat berlari dari dalam rumah dan bertanyakan kepada suaminya tarikh pernikahan mereka.
Yang menghiburkan ialah, suami pelakon filem ‘Longkai’ ini pada awalnya kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut sebelum memberikan jawapan 23 Jun sebagai tarikh pernikahan mereka.
Terkejut mendengar jawapan tersebut, Dira terus menepuk suaminya berkali-kali kerana memberikan jawapan yang salah.
“You nikah dengan siapa 23 Jun tu? Sumpah lah tak ingat? You serius lah?”
Video tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian ramai di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat mesra pasangan suami isteri itu.
Untuk makluman, Dira selamat bernikah dengan Syfik, seorang ahli perniagaan, pada 20 Jun 2020.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Dira. Sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah atau Ash pada tahun 2007.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak, Tengku Anggun Deandra, 12 tahun. Namun, mereka bercerai pada 2011.
Pada 2011, Dira kembali berkahwin dengan pengarah Helmi Yusof dan bercerai pada 2016. Mereka tidak dikurniakan anak.
Komen Netizen