| |

‘Saya Dah Bagi Peluang Untuk Berbincang & Buat Permohonan Maaf’ – Aliff Syukri

Sumber : Instagram | @Aliffsyukriterlajaklaris

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, memberitahu bahawa beliau pernah memberi ruang kepada bekas pembantu peribadinya, Melati Abdul Ghani, untuk berbincang bagi menyelesaikan isu fitnah sebelum meneruskan tindakan saman terhadap wanita tersebut.

Dah Bagi Peluang

Aliff menggambarkan Melati sebagai seorang yang degil dan ego tinggi apabila tidak mengambil peluang untuk memohon maaf sehingga kes tersebut terpaksa dibawa ke mahkamah.

“Saya dah bagi peluang untuk berbincang, saya dah bagi masa untuk permohonan maaf. Tapi pihak di sana terus berdegil dan ego tinggi.

“Sekarang baru sedar langit tinggi atau rendah. Masa tabur fitnah menjaja cerita saya time tu tak ingat Allah, sekarang dah nak masuk tirai besi baru ingat Tuhan. Ingat pada si pelaku. Tuhan tak pernah tidur. Alhamdulillah kebenaran bersama orang-orang yang teraniaya.”

Berjuang Sendirian

Sebelum ini, Melati memberitahu bahawa dia akan berjuang sendirian tanpa bantuan peguam kerana tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam.

Video : https://www.instagram.com/p/C8oWjDXPnha/

Similar Posts