Kucing Trauma Rumah Dirompak, Diam Sembunyi Di Bawah Kerusi
Sumber : Tiktok | @jiey10
Balik rumah lepas kerja dan tengok rumah kena rompak memang mimpi buruk yang kita semua tak nak alami. Lebih menakutkan kalau ada ahli keluarga kat rumah yang terpaksa hadap pengalaman ngeri tu.
Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok yang baru-baru ni kongsi video keadaan rumahnya selepas kejadian rompakan.
Dalam video tu, dia mula dengan buka pintu depan dan masuk ke rumah, tunjuk keadaan apartmen yang nampak agak kosong. TV dah tak ada, jelas sangat kena curi.
Tapi yang dia nak kongsi sebenarnya bukanlah barang yang hilang, tapi penghuni rumah yang ketakutan namun tak dicederakan oleh perompak.
Kamera kemudian fokus bawah kerusi di mana ada satu bola bulu bersembunyi. Rupanya itu kucing keluarga mereka. Dari perkongsian sebelum ni oleh pengguna TikTok @jiey10, dipercayai kucing tu adalah kucing oyen bernama Embun.
Embun tengah menyorok dan dari muka dia, nampak sangat dia takut sebab ada orang asing masuk rumah. Bila nampak tuan dia, Embun terus “meow” dengan nada lega, mungkin bersyukur bukan perompak yang datang balik.
Kebanyakan komen dalam video yang dah cecah hampir 200k tontonan tu, ramai yang bersyukur sebab kucing tu tak dicederakan atau diambil oleh perompak.
Namun, ada juga yang bergurau kata Embun tu satu-satunya saksi kejadian tapi tak boleh guna untuk tangkap pencuri.
Walau bagaimanapun, pengalaman ni memang trauma untuk Embun tapi nasib baik kucing malang tu tak cedera dalam insiden tersebut.