| |

Wan Maimunah Sebak Tiba Di Malaysia Selepas Tunaikan Haji – “Mudah-Mudahan Awak Semua Akan Menyusul”

Sumber : Tiktok | @ibuwm

Pelakon veteran, Wan Maimunah, tidak dapat menahan sebak selepas selamat tiba di Malaysia setelah selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci baru-baru ini.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz dilihat berada di perkarangan lapangan terbang. Pelakon berusia 67 tahun itu meluahkan rasa syukur sebaik sahaja pulang ke tanah air dengan nada penuh emosi.

“Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, ibu dah selamat sampai,” katanya.

Dengan nada sebak, ratu drama air mata ini berdoa agar semua yang menonton video tersebut diberikan rezeki untuk ke Makkah.

“Mudah-mudahan awak semua akan menyusul ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, insya-Allah,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersyukur melihat Wan Maimunah selamat pulang dalam keadaan sihat dan turut mendoakan kesejahteraannya.

Sebelum ini, Wan Maimunah dilaporkan berangkat ke Makkah pada 10 Mei lalu selepas menerima berita gembira daripada pihak Lembaga Tabung Haji sebelum bulan Ramadan. Beliau, yang juga ibu saudara kepada pelakon Wan Sharmila, meluahkan rasa syukur kerana doanya ketika mengerjakan umrah dua tahun lalu telah dimakbulkan.

Similar Posts