[VIDEO] Gadis Akhirnya Dapat Jumpa & Peluk Ibu Selepas 27 Tahun Terpisah, Sebak!
Sumber : X | @ricxxxkiddo
Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya memang tiada tandingan. Tidak dinafikan, ibulah yang banyak berkorban dalam membesarkan anak-anaknya. Anak-anak akan hilang arah apabila kehilangan ibunya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang gadis mencari dan ingin berjumpa dengan ibunya.
Bertemu Kembali Selepas 27 Tahun Berpisah
Dalam video tersebut, kelihatan gadis itu berjalan menuju ke rumah ibunya. Setibanya di rumah, ibunya menerima sepucuk surat dan membacanya bersama ahli keluarganya.
Tidak lama kemudian, wanita itu dilihat memeluk anaknya sebelum memastikan nama gadis di depan pintu itu Raisa. Mereka akhirnya berpelukan sambil menahan sebak selepas 27 tahun terpisah.
Allahu, sedihnya masa mak dia nangis.