| |

“Baru Puji Dah Jatuh” – Gelagat Remaja Baru Belajar menunggang  Motorsikal Buat Ramai Terhibur

Sumber : Tiktok | @twinklenur

Remaja Perempuan bernama Syaza belajar menunggang motosikal ditemani rakan-rakannya. Kebolehan menunggang motor memang impian anak muda, tapi tak semudah yang disangka.

Syaza Belajar Naik Motor Baru-baru ini, viral di TikTok (@capella) video Syaza belajar naik motor. Syaza ditemani rakannya yang siap sedia membantu kalau terjatuh. “Syaza belum khatam basikal terus lompat naik motor,” tulis Capella di kapsyen.

Pada mulanya, Syaza nampak sukar mengawal motor, tapi rakan-rakannya cepat-cepat membantu membetulkan arah.

Terbabas Lepas Dipuji Rakan Selepas latihan, Syaza nampak makin mahir bawa motor. Rakan-rakannya pun puji dia. Tapi, tak lama kemudian, Syaza hilang kawalan dan terbabas ke tepi longkang. Nasib baik motor tak masuk longkang.

Yang lucunya, Syaza masih memulas throttle walaupun sudah terjatuh, bunyinya macam mesin rumput. Mungkin sebab panik.

Orang Ramai Terhibur Di ruangan komen, ramai terhibur dengan gelagat Syaza dan rakan-rakannya. “Dia (Syaza) nervous la kak kau puji dia,” kata seorang pengguna TikTok. Ramai juga yang berkongsi pengalaman lucu mereka belajar naik motor.

“Aku dah trauma belajar motor, masa tu bawa skuter. Pulas throttle motor punya laju sampai jatuh. Dahlah rumah tepi jalan, ramai tengok. Trauma dah, memang aku naik kereta je,” cerita seorang individu.

Gelagat Syaza belajar naik motor memang mencuit hati ramai!

@twinklenur

@syaza belum khatam basikal terus lompat naik motor. Kredit @thirdbaek sebab rajin lari😆 motor @Chu steadyy! #belajarnaikmotor

♬ AnySoundEffects Funny Song Cavendish – Any Sound Effects

Similar Posts