| |

POV Orang Ramai Berkumpul ‘Candat’ Sotong Tepi Jalan – “Pemilik Lori Dah Bagi Izin Ambil”

Sumber : Tiktok | @__aimaan

Sebuah video yang tular baru-baru ini menunjukkan orang ramai berkumpul di tepi lebuh raya setelah berlaku satu insiden yang luar biasa.

Difahamkan, kejadian ini berlaku apabila sebuah lori yang membawa muatan sotong terbalik berhampiran persimpangan Elmina, Lebuh Raya Guthrie (GCE).

Dalam video tersebut, orang ramai dilihat mula berkumpul di lokasi insiden, di mana lambakan sotong-sotong yang terjatuh daripada lori itu berserakan di atas jalan. Mereka tidak melepaskan peluang untuk mengambil sotong-sotong tersebut.

Kejadian ini menjadi lebih menarik apabila pemilik lori tersebut sendiri tampil dan membenarkan orang ramai yang lalu di situ untuk mengambil sotong-sotong yang terjatuh.

Walaupun sotong-sotong tersebut bersepah di atas rumput dan jalan tar yang kotor, orang ramai tetap gigih mengutipnya. Mereka turut membawa plastik sendiri untuk mengumpul hasil ‘tangkapan’ mereka.

Insiden ini menunjukkan betapa pantas reaksi orang ramai dalam mengambil kesempatan dari situasi yang berlaku, meskipun di tengah jalan raya yang sibuk.

Similar Posts