| |

“Tandas kat Indonesia Air tak keluar pun ada. Kau jangan nak sembang bakso kt sini” – Pelancong Indonesia bikin kecoh persoal Bidet Di Tandas Malaysia

Sumber : X | @Cool_Wannabe82

Seorang TikToker dari Indonesia telah menimbulkan kekecohan di kalangan rakyat Malaysia apabila dia mempersoalkan bidet di tandas Malaysia yang dianggapnya tidak mesra pengguna kerana perlu memutarkan pembuka air terlebih dahulu.

Korang mungkin perasan, tidak semua negara mempunyai bidet paip air di tandas. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis, dan China, kebanyakan mereka hanya menggunakan tisu untuk membersihkan diri selepas melepaskan hajat.

Sebagai rakyat Malaysia yang sudah terbiasa menggunakan bidet, memang agak sukar jika tandas tidak dilengkapi dengan paip air, terutama sekali selepas ‘melabur’.

Warga Indonesia Terkejut Melihat Paip Bidet Di Tandas Malaysia

Dalam video yang dimuat naik semula di laman X (@cool_wannabe82), seorang TikToker dari Indonesia dilihat mempersoalkan bentuk bidet yang ditemui di tandas ketika melancong di Malaysia. TikToker tersebut mendakwa bidet tersebut tidak mesra pengguna kerana pengguna perlu memutarkan pembuka air terlebih dahulu sebelum air keluar dari paip.

Dia juga membandingkan dengan bidet yang lebih mudah digunakan di Indonesia, di mana hanya perlu memicit pada bahagian bidet tanpa perlu memulas sebarang pembuka untuk mengeluarkan airnya.

“Kenapa semua tandas di Malaysia begini?” soal TikToker tersebut.

Rakyat Malaysia Kurang Senang Dengan Kritikan TikToker Indonesia Itu

Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa kurang senang dengan kritikan TikToker Indonesia itu yang mempertikaikan bentuk bidet yang digunakan di negara ini. Sesetengah pengguna media sosial berpendapat TikToker tersebut sepatutnya bersyukur kerana tandas di Malaysia dilengkapi dengan bidet, kerana lebih sukar jika hanya disediakan tisu sahaja.

Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa lelaki tersebut pasti akan terkejut jika melihat tandas yang sudah tersedia dengan bidet berteknologi tinggi.

“Terpaling culture shock. Dia belum tengok lagi tandas pancut di dalam jamban tu,” ujar seorang pengguna laman X.

Pada masa yang sama, mereka yang pernah ke Indonesia juga membandingkan tandas di negara berkenaan dengan di Malaysia.

“Tandas kat Indonesia pun tak semua ada bidet ni ya. Air tak keluar pun ada. Kau jangan nak sembang bakso eh. Orang yang tak pernah pergi sana bolehlah kau ayam-ayamkan,” kata seorang pengguna laman X.

Similar Posts