“Ayah Tak Marah Ke?”: Video Comel Adik-Beradik Belajar Mengaji Curi Perhatian Netizen
Sumber : X | @Bckpacc99
Hari ini, sebuah video comel tular di media sosial, mencuri hati ramai netizen. Video yang dimuat naik oleh @bckupacc99 itu menunjukkan seorang ayah mengajar anak-anak perempuannya yang masih kecil mengaji.
Dalam video tersebut, si kakak nampak fokus dan tenang, manakala si adik membuat pelbagai gaya yang mencuit hati. Salah satu momen yang paling mencuri perhatian ialah apabila si adik bertanya, “Ayah tak marah ke?” dengan wajah yang sangat comel. Sang ayah dengan santai menjawab, “Ayah marah tapi ayah tak garang, okay!”
Netizen turut terhibur dan terharu dengan momen tersebut, meninggalkan komen-komen yang positif dan doa untuk kedua-dua kanak-kanak itu.
“Comelnya! Semoga Adik dan Kakak membesar dengan sihat dan berjaya. Min doakan!” kata salah seorang netizen.
Semoga keluarga ini terus bahagia dan diberkati. Jangan lupa kongsikan pandangan dan doa anda di ruangan komen!
Video : X | @Bckpacc99