| |

Sungai Jernih Jadi Bualan: Patutkah Dibuka Kepada Orang Ramai?

Sumber : X | @cCikgu_Anep

Sebuah video tular di media sosial hari ini menarik perhatian ramai. Pengguna dengan nama @Cikgu_Anep telah memuat naik video yang memukau, yang kini menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Dalam video tersebut, kelihatan sebuah kawasan yang sangat indah dan tenang, lengkap dengan sebatang sungai yang airnya begitu jernih sehingga boleh nampak hingga ke dasar.

Di ruangan komen, ramai netizen yang mula mencari lokasi tempat tersebut. Ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana bimbang tempat itu akan rosak jika ramai orang mula mengunjunginya setelah ia tular.

Beberapa orang mengatakan tempat tersebut terletak di Sungai Merab, Bangi, sementara yang lain berpendapat ia berada di Indonesia, bukannya di Malaysia.

Apa pendapat anda? Patutkah lokasi ini dibuka kepada orang ramai? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah!

https://x.com/Cikgu_Anep/status/1808131133575778602


Similar Posts