| |

[Video] Ramai Terhibur Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian

Sumber : Tiktok | @lailasidek

Beberapa individu berkata mereka juga menggosokkan kulit durian pada bulu kucing peliharaan mereka yang turut menggemarinya.

Kucing peliharaan kebiasaannya bersifat manja dan gemar dibelai. Bagi pencinta kucing, tidak mengejutkan jika mereka menyediakan pelbagai peralatan seperti alat permainan, tempat tidur, dan berus bulu.

Namun, harga peralatan kucing yang berkualiti boleh menjadi agak mahal. Ini menjadikan sesetengah pemilik kucing menjadi kreatif dan menggunakan peralatan lain sebagai ganti.

Kucing Gemar Bulu Digosok Dengan Kulit Durian

Baru-baru ini, satu video viral di TikTok menunjukkan seekor kucing ‘disikat’ menggunakan kulit durian. Mungkin kedengaran menyeramkan, namun kucing tersebut kelihatan amat menggemari perkara itu! Kucing berwarna kelabu dengan tompok putih itu tergolek-golek manja apabila digosok dengan kulit durian.

Ini mungkin kerana kucing tersebut mempunyai bulu yang gebu serta badannya kelihatan gemuk, dan merasa suka dengan tajaman pada kulit durian.

Kelihatan bulu kucing tersebut melekat pada kulit durian, menunjukkan bahawa kulit durian berkesan bagi menghilangkan bulu gugur pada tubuh badan kucing, sama seperti berus bulu.

Gelagat kucing ini bukan sahaja mencuit hati tetapi juga memberikan idea kreatif kepada pemilik kucing lain. Siapa sangka kulit durian boleh menjadi alat ‘sikat’ yang disukai oleh kucing?


Video :

Similar Posts