“Childfree Pandangan Yang Menyakitkan Hati Pejuang Macam Saya” – Achey
Sumber : X | @muhammadhelmi7
Achey Tampil Kritik Pasangan ‘Childfree’
Pelakon dan pelawak terkenal, Achey (Mohd Nasir Hamzah), menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap pasangan suami isteri yang memilih untuk hidup tanpa anak. Achey menganggap pandangan tersebut sebagai ideologi bodoh dan menyinggung perasaan mereka yang berjuang untuk mendapatkan zuriat.
Hati Achey Terguris
Achey yang telah lama berjuang bersama isterinya untuk dikurniakan zuriat, meluahkan kekecewaannya:
“Itu adalah ideologi yang bodoh. Minta maaf, tapi dari sudut itu saya tidak suka. Banyak lagi perkara lain yang boleh kau benci atau tak suka. Tetapi kenapa perlu melibatkan cahaya mata. Secara tidak langsung kau telah mengguriskan hati pejuang-pejuang macam saya.”
Realiti Perubatan dan Harapan
Achey juga berkongsi kisah perjuangannya:
“Kes saya pula jika mengikut sains dan perubatan, isteri saya memang sudah tidak boleh hamil sebab dah potong kedua-dua tiub kiri dan kanan. Kecuali diizinkan Allah.”
Tambahnya lagi, dia berharap pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai anak itu akan “terbabas” dengan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti:
“Satu hari saya harap pasangan itu akan terbabas. Bukan terbabas kereta, tetapi terbabas dikurniakan cahaya mata. Dik, saya percaya kalau suatu hari kalian dikurniakan cahaya mata pasti akan faham apa itu nikmat sebenar yang dipanggil seorang ibu bapa.”
Soal Nilai Kemanusiaan
Dalam temu bual bersama Melodi, Achey turut mempersoalkan nilai kemanusiaan dalam diri pasangan tersebut:
“Saya tidak setuju jika mereka berdua kata memang tidak mahu ada anak, tetapi kalau mereka kata merancang belum mahu ada sehingga ada ekonomi yang kukuh saya boleh terima jawapan sebegitu. Mana nilai kemanusiaan kau. Saya masih ingat apa yang dikatakan mereka ‘nanti anak macam mana, siapa nak jaga, kalau dah besar nanti perangai bagaimana’. Cuba renung balik perangai kalian apabila kata begitu. Pasti mak ayah kau kecewa dengan kenyataan kalian.”
Video Viral ‘Childfree’
Sebelum ini, tular video pasangan suami isteri tersebut yang menyatakan pendapat mereka tentang hidup tanpa anak dan menyifatkan kehadiran anak sebagai satu beban.
Adakah pandangan ‘childfree’ ini satu pilihan yang bijak atau sekadar ideologi yang mengguris hati? Perdebatan ini pasti akan terus hangat!