| |

“Mercedes Kena Langgar, Pelaku Tinggalkan Rm30 Tapi Rosak Dia Boleh Botak Kepala

Sumber : Tiktok | @azrulazwann

Hanya RM30 Sebagai Ganti Rugi, Pemilik Mercedes Terkejut

Baru-baru ini, tular di TikTok (@azrulazwann) video seorang lelaki bernama Azrul yang berkongsi pengalaman malang. Kereta Mercedes Benz miliknya telah dilanggar, dan individu tersebut hanya meninggalkan RM30 sebagai ganti rugi.

“Calar Sikit” Tapi Kereta Rosak Teruk

Azrul yang meletakkan keretanya di sebuah parkir untuk pergi ke sesuatu tempat, terkejut apabila kembali dan melihat keretanya rosak teruk. Dia mendapati wang kertas RM30 dan nota di atas cermin keretanya yang berbunyi, “Minta maaf bang, saya ada calarkan sikit (kereta Azrul). Ni duit ganti ya RM30.”

Kerosakan Jauh Lebih Besar dari RM30

Pada awalnya, Azrul mengira kerosakan itu kecil. Namun, bahagian belakang keretanya rosak teruk dengan kesan calar, lubang, dan kemik besar pada pintu belakang, lampu, serta bumper. Azrul meluahkan rasa pening kepala kerana kos pembaikan jauh melebihi RM30.

Netizen Beri Reaksi Pelbagai

Ruangan komen di TikTok dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen. Ada yang berseloroh tentang nilai RM30 itu, “Boleh tu bang beli minyak gamat tiga botol untuk sapu (pada bahagian kereta),” ujar seorang pengguna TikTok.

Namun, ada juga yang bersimpati dengan keadaan pelaku, “Dia mampu sebanyak tu kira bersyukur dah. Kita tak tahu kesusahan orang macam mana, mungkin itu duit nak beli lampin ke. Keep positif,” jelas seorang lelaki.

Mungkin Bukan Pelaku Sebenar?

Sebilangan netizen juga bersangka baik dan berpendapat bahawa kerosakan teruk itu mungkin disebabkan oleh orang lain. “Mungkin dia langgar sikit je. Lepas itu ada orang lain pula langgar kita tak tahu,” kata seorang netizen.

Adakah RM30 mencukupi untuk menampung kerosakan kereta tu tak logik kan

Similar Posts