| |

[VIDEO] Netizen Kagum Ira Kazar Semakin Jelita, Keluarga Titip Ucapan – ‘Doakan Rezeki Dia Mengandung & Jadi Ibu’

Sumber : Tiktok | @wiwiedarvienda

Setelah sekian lama menyepi dari media sosial, penampilan terkini Ira Kazar telah menarik perhatian ramai.

‘Doakan dia mengandung’

Menerusi perkongsian di TikTok @wiwiedarvienda, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang duduk sambil bermain telefon bimbit. Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah wajah Ira yang dikatakan semakin cantik dan berseri-seri.

Ira yang mengenakan tudung hitam dan kemeja putih sempat mengukir senyuman. Difahamkan, video tersebut diambil ketika Ira menziarahi ahli keluarganya di sebuah pusat perubatan.

Pemilik akaun tersebut, yang merupakan bekas kakak ipar, meminta orang ramai mendoakan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof agar dikurniakan cahaya mata.

“Alhamdulillah, doakan rezeki dia (Ira) mengandung dan jadi ibu.”

Sebelum ini, Ira sering berkongsi video masakan dengan pengikutnya. Namun, kali terakhir dia berkongsi resipi adalah pada Oktober tahun lalu sebelum tiba-tiba menyepi dari media sosial.

Terdapat dakwaan mengatakan Ira kini sedang hamil, menyebabkan dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial. Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi berdiam diri tentang dakwaan tersebut.

Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu, Syamsul sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun.

@wiwiedarvienda

MakTeh dtg dgn Dibuu..🥰 thankyou melawat Rafa❤️

♬ original sound – WIWIE DARVIENDA – WIWIE DARVIENDA


Similar Posts