| |

SPRM Tahan Pasangan Influencer Terkenal Atas Dakwaan Seleweng Derma!

Sumber : Hariaan Metro

Terkini! Harian Metro melaporkan bahawa sepasang suami isteri yang juga influencer terkenal telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan menyeleweng kutipan derma.

Pasangan ini ditahan kira-kira jam 6.40 petang semalam untuk membantu siasatan selepas timbul dakwaan bahawa mereka mengumpul sumbangan melebihi jutaan ringgit tetapi tidak menyalurkannya dengan betul.

Esok pagi, kira-kira jam 9, pasangan ini akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman.

Sumber melaporkan, peguam pasangan tersebut sebelum ini telah menafikan sebarang penglibatan mereka dalam isu penyelewengan dan pecah amanah wang derma orang ramai.

Apa pandangan anda tentang kes ini? Kongsikan di ruangan komen!

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/07/1109911/seleweng-kutipan-derma-suami-isteri-pempengaruh-ditahan-sprm

Similar Posts