| |

‘Boleh Ke? Mama Nak Shopping RM90,000!’ – Aksi Cik B dan Datuk Seri Vida

Sumber : Tiktok | @quputehtomatohq

Datuk Seri Vida, usahawan terkenal, kembali menarik perhatian di TikTok dengan video menghiburkan meminta izin anak perempuannya, Cik B, untuk belanja besar di sebuah butik mewah.

Dalam video itu, Vida meminta izin dari Cik B untuk menggunakan kad banknya untuk membeli beg dan kasut yang bernilai kira-kira RM90,000. Meskipun begitu, Cik B memperingatkan Vida bahawa kad bank itu hanya boleh digunakan sehingga RM100,000 sehari.

“Mama, janganlah belanja lebih dari RM100,000 ya. Hari ni RM100, esok pun RM100. Rileks dulu jangan spend banyak sangat,” kata Cik B kepada Vida dalam video tersebut.

Reaksi Cik B yang santai terhadap permintaan Vida telah menarik perhatian ramai di media sosial, dengan netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap momen lucu di antara ibu dan anak ini.


Similar Posts