Double Park Suka Hati, Pak Nil Jadi Hero Tolong Jururawat Cari Pemilik Kereta!
Sumber : Tiktok | @datoaznilhajinawawi
Masalah double park kereta memang selalu jadi isu di Malaysia. Ramai yang marah dengan sikap individu tak bertanggungjawab yang suka-suka parkir depan kereta orang lain.
Baru-baru ini, satu video tular memaparkan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, menolong seorang jururawat yang keretanya dihalang oleh kenderaan lain.
Dalam video berdurasi 2 minit 52 saat itu, Pak Nil ternampak jururawat berkenaan kelihatan resah mencari pemilik kereta yang menghalang keretanya.
Pak Nil kemudian turun dari keretanya dan menyapa jururawat tersebut. Dia masuk ke dalam salah sebuah kedai dan menjerit nombor kenderaan yang double park itu.
Jururawat tersebut terkejut melihat Pak Nil sanggup menolongnya. Mereka sempat selfie bersama selepas kereta yang menghalang itu beredar.
“Double park, orang lain tunggu berjam-jam nak keluar. Dah masuk kereta terus blah tanpa minta maaf pun. Ada bawa anak, nanti anak ingat it’s ok untuk terus blah tanpa rasa bersalah,” kata Pak Nil.
Apa-apa pun, Pak Nil memang terbaik sebab sanggup tolong cari pemilik kereta yang double park itu.