First Time Naik Kereta Tanpa Driver di San Francisco, Excited betul!
Sumber : X | @4mirSaid
Perkhidmatan teksi dan e-hailing sudah jadi kebiasaan bila kita melancong ke luar negara. Memang senang, terutama bagi yang malas nak hadap kesesakan lalu lintas. Tapi, baru-baru ini seorang lelaki Malaysia kongsi pengalaman lain macam – naik kereta tanpa pemandu di San Francisco!
Pengalaman Naik Kereta Tanpa Pemandu
Dalam video dua minit yang dimuat naik oleh @4mirSaid, lelaki ini bersama seorang wanita tunjuk cara mereka gunakan aplikasi ‘Waymo’ untuk dapatkan servis kereta tanpa pemandu. Menariknya, kereta tersebut sampai cepat dan memang tiada pemandu dalamnya.
“First time cuba Waymo dekat San Francisco. Waymo ni macam Grab dekat Malaysia, tapi self-driving car. Best experience ever,” katanya.
Warganet memang teruja tengok video ni. Bayangkan, naik kereta tanpa pemandu di jalan raya yang sibuk! Teknologi semakin maju, tapi masih ramai yang tak percaya boleh ada kereta tanpa pemandu. Adakah ini masa depan perkhidmatan e-hailing? Apa pendapat korang?