| |

Janna Nick Buat ‘Review’ Tomato Amela RM180, Rasa macam Apple Fuji

Sumber : Tiktok | @jannanickofficial

Kalau korang biasa pergi pasar raya, harga tomato kat sana sekitar RM6.50 sekilo. Tapi Janna Nick, pelakon terkenal, baru-baru ni beli tomato yang harganya jauh beza – RM180 untuk 12 biji!

Janna Nick Beli Tomato Mahal di TRX

Dalam video TikTok @jannanickofficial, Janna tunjuk kotak tomato yang dibeli di The Exchange TRX, KL. Harga satu kotak 12 biji tomato tu ialah RM180, jadi sebiji tomato harganya lebih kurang RM15!

Tomato Amela dari Jepun

Tomato yang dibeli Janna ni bukan tomato biasa. Ia diimport dari Shizuoka, Jepun. Janna pada awalnya nak beli strawberi viral, tapi pekerja kedai cadangkan Tomato Amela sebab katanya manis.

Janna Buat ‘Review’ Tomato RM180

Dalam video ‘review’ dia, Janna tunjuk reaksi terkejut masa makan tomato tu. Dia gigit dua kali sebab tak percaya betapa sedapnya rasa tomato tu.

“Rasa dia luar biasa, otak I tak boleh digest sebab dia tak rasa macam tomato biasa. Terlalu sedap,” kata Janna.

Janna juga kata rasa tomato tu lebih macam buah, bukan sayur seperti kita biasa makan kat Malaysia.

“Ni rasa macam buah. Tomato kat Malaysia kita buat macam sayur. Sekarang I tahu kenapa orang panggil buah tomato,” tambah Janna.

Sebab terlalu sedap, Janna rasa dia tak boleh makan tomato biasa lagi sebab akan teringat rasa Tomato Amela.

Warganet Teruja Tengok Video Janna

Video ‘review’ Janna ni dah cecah 6.6 juta tontonan! Ramai netizen bagi pelbagai reaksi, ada yang terliur dan sanggup pergi TRX semata-mata nak cuba Tomato Amela.

“Sekarang aku rasa macam nak pergi TRX semata-mata nak beli Amela Tomato. Tunggu la, gaji lagi dua minggu,” komen seorang pengguna TikTok.

Ada juga netizen yang kata rasa tomato tu manis macam epal fuji dan sama macam tomato atas piza kat Itali. Tapi ada juga yang pelik, sedap ke makan tomato macam tu je? Apa pendapat korang?

@jannanickofficial

Ada cherry tomato manis macam ni. tapi dekat London. Dekat malaysia i belum jumpa cherry tomato rasa macam ni. #amela #japan #tomato

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Similar Posts