| |

Madu Putih Murah Sebenarnya Tiruan? Peniaga Dedah Fakta Mengejutkan!

Sumber : Tiktok | @oldbeehq

Peniaga Dedahkan Penipuan Madu Putih Murah

Menurut seorang peniaga, madu berwarna putih yang dikenali sebagai madu susu atau royal jelly dan dijual dengan harga murah sebenarnya tidak asli dan dihasilkan secara sintetik.

“Madu putih murah ini adalah satu bentuk scam dalam dunia madu kita,” katanya dalam satu video di TikTok Old Bee (@oldbeehq).

Madu Putih Murah Bukan Madu Sebenar

Madu putih yang murah ini bukanlah madu sebenar atau royal jelly. Biasanya, ia dijual dalam botol kaca tanpa sebarang label dan dihasilkan secara sintetik.

Royal Jelly Asli Harga Tinggi

Royal jelly asli hanya boleh dihasilkan di ladang ternakan lebah dan harga ladangnya adalah antara RM500 hingga RM900 bagi setiap kilogram. Jadi, royal jelly yang dijual dengan harga RM50 hingga RM60 sebotol adalah tidak masuk akal.

Royal jelly dan madu adalah dua bahan yang berbeza dan mencampurkan kedua-duanya boleh menyebabkan ia rosak dan menjadi toksin.

Madu Putih Sintetik Berbeza Dengan Madu Crystallize

Madu palsu atau sintetik boleh dikenal pasti melalui ujian makmal. Madu putih sintetik ini tidak boleh dikelirukan dengan madu yang telah menghablur menjadi kristal (crystallize).

Madu Putih Asli Dari Iran & Kazakhstan

Terdapat madu putih asli, tetapi ia tidak dihasilkan di Malaysia. Madu putih asli ini diambil dari pergunungan Iran dan dihasilkan daripada bunga astralagus yang berwarna merah jambu atau ungu. Selain itu, madu putih juga boleh didapati di Kazakhstan daripada bunga milk vetch.

@oldbeehq

Replying to @ᴋყσsнι Madu putih daripada pergunungan Iran. Rasa sedap dan ada rada pudina. Sama2 ambil manfaat InsyaAllah #fyp #maduoldbee #oldbee #madulongan #pakarlebah #oldbeepartner

♬ original sound – OLD BEE HQ – OLD BEE HQ

Similar Posts