Ni Malaysia Bukan Negara India! Servis ‘DIY’ Tambah Bunga Tayar Botak Cetus Kontroversi
Sumber : X | @mhmmdhsm
Setiap hari, kita dengar berita kemalangan kenderaan berat seperti lori, yang kadang-kadang meragut nyawa. Selalu juga kita salahkan pemandu lori yang bawa laju, brek tak makan, atau tayar haus.
Baru-baru ini, viral satu video di media sosial menunjukkan individu tawar servis ‘DIY’ untuk tambah bunga pada tayar lori lama. Dalam video tu, dia ukir corak baru pada tayar yang dah haus, seolah-olah macam tayar baru dari kilang.
Walaupun murah dan nampak macam penyelesaian mudah nak elak pihak berkuasa, sebenarnya tak selamat sebab cengkaman tayar tak sama dengan yang dihasilkan oleh jenama terkenal.
Untuk info, retreading tayar ni biasa untuk kenderaan berat sebab kos tukar tayar baru memang mahal gila. Pemandu lori panggil tayar ni “tayar celup”.
Netizen memang marah habis dengan servis ni sebab ia bahaya untuk pengguna jalan raya lain.
“Boleh tak jangan risikokan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain,” luah seorang netizen.
“Sebab inilah punca kemalangan. Hilang kawalan lah, brek tak makan, tayar pecah. Pastu nyawa yang tak bersalah hilang macam tu je,” kata seorang lagi dengan nada marah.
“Eh bodohnya. Menyirap pulak aku tengok,” komen seorang lagi.
Agak mengejutkan servis ni dah sampai ke Malaysia, sebab sebelum ni hanya ada kat negara-negara yang krisis kewangan macam India dan Pakistan.