| |

Durian Tupai King: Betul Ke Sampai RM1,000?

Sumber : Facebook | Buza Biz

Sehebat mana rasa durian, berapa banyak yang sanggup anda bayar untuk durian yang rare?

Musim durian sedang berlangsung, pencinta buah eksotik sibuk mencari ‘raja buah’. Musang King, Black Thorn, dan D24 sudah biasa kita dengar, tapi pernah dengar Tupai King? Harganya boleh buat kita terkejut!

Durian Tupai King boleh mencecah RM1,000 sebiji!

Dalam video Facebook oleh Buza Biz, penjual durian dari Penang, Brian Ong, berkata durian Tupai King biasanya seberat sekitar 3kg, dan harganya antara RM600 hingga RM1,000 bergantung pada keadaan dan kesegaran buah.

Kenapa sampai beribu-ribu untuk satu durian?

Ringkasnya, durian Tupai King memang rare di Malaysia.

“Tupai King tak selalu ada di pasaran Malaysia. Pengeluarannya juga tak sebanyak durian lain,” jelas Brian.

Juga dikenali sebagai D214, Brian berkongsi beberapa tips untuk peminat durian supaya tak tertipu oleh penjual durian yang cuba menjual D24 dengan harga Tupai King.

“Dagingnya kebanyakannya kuning dengan sedikit hijau, dan sangat berlemak. Aromanya setebal Musang King, tapi ada sedikit rasa pahit.”

Di Penang, Tupai King secara rasmi didaftarkan pada Februari 2024 sebagai satu lagi varian durian, dan ia dijangka boleh ‘melawan’ populariti Musang King.

Jadi, untuk peminat buah eksotik, adakah anda bersedia (dan sanggup) keluarkan duit yang banyak untuk merasai Tupai King?


Similar Posts