| |

Dulu Terkenal Lemah Lembut Kini Lantang Dukung Anak Pusing Kampung -”Jangan Serah Tanah Kampung Sungai Baru!” Rafidah Ibrahim 

Sumber : Tiktok | @rafidahhjibrahim

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim memuat naik video yang menyeru penduduk Kampung Sungai Baru supaya jangan berpindah dan menyerahkan tanah mereka.

Bantahan Terhadap Pemaju

Dalam video tersebut, Rafidah menaiki kenderaan four-by-four sambil mengelilingi kawasan kampung. Dengan menggunakan pembesar suara, dia melontarkan bantahan keras terhadap pihak pemaju yang menawarkan pampasan untuk pengambilan tanah sejak Jun tahun lalu.

“Pemaju sedang ceroboh tanah kita dan kita masih terlindung di bawah perundangan Malaysia. Jadi mohon semua untuk terus bersabar. Kita akan bawa semua yang terlibat ke muka pengadilan. Dah lah nak ambil tanah orang, penindasan lagi dekat penduduk. Ini masih lagi rumah kita. Dan kami orang Melayu di sini takkan jual tanah kami!” laungnya.

Projek Pembangunan Semula di Kampung Sungai Baru

Kampung Sungai Baru, yang terletak berhadapan KLCC, terlibat dengan projek pembangunan semula merangkumi kawasan kediaman flat dan teres seluas 3.6 hektar. Menurut Harian Metro, isu antara pemaju dan penduduk setempat ini telah tercetus sejak tahun 2020. Ada penduduk yang sudah keluar dan tinggal di kediaman transit yang disediakan, manakala sebahagian lagi membantah.

“Sekarang, saya hanya mohon kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bantu kami, penduduk Kampung Sungai Baru yang masih tinggal di sini dan tidak menandatangani surat persetujuan dengan pemaju, mendapat pembelaan hak kami. Saya tidak bersetuju melepaskan harta milik keluarga ini kerana selama membesar di Kampung Sungai Baru, semuanya baik-baik saja di sini. Janganlah diganggu harta kami,” katanya.

Adakah Penduduk Akan Terus Bertahan?

Dengan keadaan ini, adakah penduduk Kampung Sungai Baru akan terus bertahan atau akhirnya menyerah kepada tawaran pemaju? Hanya masa yang akan menentukan. Yang pasti, perjuangan Rafidah Ibrahim dan penduduk kampung tersebut menarik perhatian ramai dan menimbulkan banyak persoalan tentang hak milik tanah dan penindasan oleh pemaju.

Similar Posts