Pakcik Pemurah Dapat Diskaun Gila Dari Restoran BangSudu!
Sumber : Tiktok | @bangsuduu2
Menurut Abang Sudu, pemilik restoran yang terkenal, seorang pakcik sering datang ke kedainya dan belanja rakan-rakan makan.
Kita semua tahu, rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah. Ramai yang suka bersedekah, tak kira dalam bentuk wang, harta benda, atau makanan.
Prinsip “Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain” memang menjadi amalan ramai. Ini bukan sahaja memudahkan urusan orang lain, tapi juga buat mereka rasa gembira dan bersyukur.
Pakcik Selalu Belanja Kawan di Restoran BangSudu
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@bangsuduu2) menunjukkan seorang pelanggan setia Restoran BangSudu sedang menikmati makanannya. Menurut Abang Sudu, pakcik ini kerap berkunjung ke restoran dan membawa rakan-rakan bersama. Lebih menarik, dia selalu belanja kawan-kawannya makan di sana.
Diskaun 91% untuk Pakcik Pemurah!
Tersentuh dengan kebaikan pakcik ini, Abang Sudu memutuskan untuk memberikan sesuatu yang istimewa. Selepas kira keseluruhan bil, jumlahnya adalah RM89.10. Namun, sebelum pakcik itu membayar, Abang Sudu meminta beliau memeriksa baki bateri telefon bimbit.
Dengan baki bateri sebanyak 91%, Abang Sudu memberikan diskaun makan yang sama! Jadi, pakcik itu hanya perlu bayar RM8.02 sahaja!
Terkejut dengan kejadian itu, pakcik tersebut nampak tergamam dengan diskaun besar yang diberi. Di akhir video, pakcik itu mengucapkan terima kasih dan berjanji akan membawa lebih ramai rakan ke restoran tersebut.