| |

“Cikgu Jual Makanan Lagi Murah Dan Bersih!” – Pelajar Pertahankan Guru Mereka

\Sumber : VOCKET

Baru-baru ini, viral di media sosial tentang video seorang pengusaha kantin yang ‘menyerang’ guru yang menjual pelbagai makanan di kiosk sekolah setiap hari.

Kita dah dengar luahan dari pihak pengusaha kantin, kini giliran pelajar pula pertahankan cikgu mereka dengan mendedahkan sebab kenapa mereka lebih suka beli di kiosk berbanding kantin.

Menurut OhMedia, beberapa tangkap layar menunjukkan pelajar sekolah tersebut menceritakan kenapa kantin kurang mendapat sambutan dan mereka lebih suka beli di kiosk yang diuruskan oleh guru.

Makanan Kantin Tak Sedap dan Mahal

Pelajar mendakwa makanan di kantin tak sedap, mahal, dan tak berkualiti. Mereka juga kata kebersihan kantin tak memuaskan, sampai ada yang jumpa anak lipas dan rambut dalam makanan. Ini semua buatkan mereka hilang selera makan.

Ada juga yang kata pengusaha kantin kedekut dan berkira dengan pelajar, membuatkan mereka rasa tak selesa. Lebih teruk lagi, ada pelajar yang kena keracunan makanan lepas makan di kantin.

Pelajar Pilih Kiosk Guru Sebab Murah dan Bersih

Pelajar lebih selesa beli di kiosk cikgu sebab jauh lebih bersih dan harganya mampu milik. Kiosk itu sebenarnya di bawah Program Tunas Niaga (Protune) untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah.

Petugas di kiosk tersebut adalah pelajar sendiri dan mereka mendapat bayaran tertentu, manakala cikgu tak ambil sebarang bayaran pun.

Dengan alasan ini, pelajar rasa lebih selamat dan puas hati beli makanan di kiosk cikgu berbanding kantin sekolah.

Sumber Gambar: OhMedia
Sumber Gambar: OhMedia
Sumber Gambar: OhMedia

Similar Posts