·

PDRM Tawar Diskaun Saman Hingga 50% Di Acara Bulan Kebangsaan

Sumber : FB | @jabatanpeneranganmalaysia

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan berlangsung pada 21 Julai 2024 (Ahad) di Cyber Event Hall, Cyberjaya, Selangor.

Kesempatan Langsaikan Saman dengan Diskaun

Ramai di antara kita yang masih ada saman yang belum dijelaskan. Ada yang mengelak membayar kerana jumlahnya terlalu tinggi. Jangan risau, PDRM kini menawarkan diskaun sehingga 50% untuk membayar saman di acara ini.

Karnival Meriah untuk Semua

Program ini bukan sahaja untuk orang dewasa, malah penuh dengan aktiviti menarik untuk kanak-kanak. Antara aktiviti yang ditawarkan ialah:

  • Kuiz Roda Merdeka
  • Pameran Kemerdekaan
  • Pameran Kids Tech Centre dan Urban Farm Tech
  • Skim Perlindungan PERKESO
  • Skim Pinjaman Laptop dan Desktop Percuma
  • Pertandingan Mewarna
  • Foodtrucks

Meningkatkan Semangat Patriotisme

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan majlis yang berkonsepkan karnival rakyat ini. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya dan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.

Maklumat Penting

Majlis akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Bayaran kompaun hanya boleh dibuat di tapak program dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Semua Dijemput Hadir

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Datanglah beramai-ramai untuk menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan dan ambil kesempatan untuk membayar saman dengan diskaun yang ditawarkan.