| |

Siap Sediakan Galah, Pemilik Pokok Rambutan Kongsi Buah Dengan Orang Ramai

Sumber : Tiktok | @@amirsyazal

Kadang kala, kita mungkin tergoda untuk mengambil buah atau barang yang dijumpai di tepi jalan, menganggapnya tiada pemilik. Sebenarnya, tindakan ini salah dari segi undang-undang dan etika, kerana mengambil hak orang lain tanpa izin.

Baru-baru ini, video di TikTok menarik perhatian ramai apabila seorang penduduk setempat menunjukkan dirinya mengambil buah rambutan dari pokok di tepi jalan. Menariknya, pemilik pokok itu menghalalkan semua buah rambutan untuk diambil sesiapa saja yang melalui kawasan itu. Malah, dia siap menyediakan galah untuk memudahkan orang mengambil buah di dahan yang tinggi.

“Buah percuma, siapa nak makan boleh ambil. (Galah ada tepi pokok),” tulisnya pada satu kertas yang digantung di pokok tersebut.

Kegembiraan jelas terpapar di wajah orang ramai yang melalui jalan itu. Mereka menikmati buah rambutan yang ranum dan ada yang membawanya pulang untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Video yang tular itu mendapat perhatian luas, dengan ramai netizen terharu dan memuji kebaikan pemilik pokok yang begitu pemurah. Ramai mendoakan agar dia diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki atas sifat pemurahnya.

Netizen turut menasihati agar mereka yang mengambil buah tidak menjualnya untuk keuntungan sendiri.

@amirsyazal

semoga tuan pokok dimurahkan rezeki

♬ bunyi asal – amirsyazal – amirsyazal

Similar Posts