| |

“Dah Sampai Masanya Kita Kena Ajar Orang Putih Jangan Buat Ikut Suka Hati Dia Dekat Negara Kita Ni” – NETIZEN

Sumber : Tiktok | @miquelrudy

Orang Barat memang suka melancong dengan gaya backpacking. Ini sebabnya lebih jimat dan senang bergerak hanya dengan beg galas.

Tapi, kadang-kadang cara berjimat mereka ni menyusahkan orang lain. Selain mengemis di jalanan, ada yang nak tumpang kereta orang tempatan secara percuma untuk sampai ke destinasi.

Baru-baru ni, satu kumpulan backpacker dari luar negara kongsi video di TikTok tentang usaha mereka nak tumpang kereta ke Gerik, yang masa tu sejauh 55KM.

Dengan kadbod kecil tertulis “Gerik,” mereka gigih tunggu pemandu yang baik hati berhenti dan beri tumpang secara percuma.

Budaya hitchhiking ni biasa di Barat, tapi di Asia kita diajar untuk lebih berhati-hati dan tak meminta-minta.

Lepas video tu viral, ramai netizen perli sikap mereka yang ambil kesempatan ke atas warga tempatan yang baik hati.

Ramai yang nasihatkan backpacker tu untuk rancang perjalanan dengan lebih baik, termasuk kira kos pengangkutan, bukannya harapkan belas kasihan orang ramai.

@miquelrudy

Full video on YouTube (ramosrudyy) Link on profile ❤️🙏🏻🇲🇾

♬ alkuperäinen ääni – RÁMØŠRÜĐYY🌍

Similar Posts