| |

“Kenduri Sambil Meniaga!”-  Jemputan Makan Tapi Bayar Lauk & Air – ‘Nasi Je Percuma'”

Sumber : Tiktok | @sazalibinyaakob

Kenduri kahwin biasanya penuh dengan pelbagai hidangan untuk tetamu. Sekarang, banyak majlis kahwin juga menjemput peniaga makanan seperti apam balik, laksa, dan cendol untuk memeriahkan suasana.

Tapi baru-baru ini, satu video viral di TikTok mendedahkan sesuatu yang agak pelik. Seorang lelaki berkongsi pengalaman dia pergi ke kenduri yang memaksa tetamu bayar untuk lauk dan minuman sebelum boleh makan, sementara nasi diberi percuma!

Dalam video yang dimuat naik oleh @sazalibinyaakob, lelaki ini dan keluarganya dilihat menghadiri majlis yang dipercayai berlangsung di Thailand. Apa yang mengejutkan ramai adalah, tetamu kena bayar untuk lauk dan air, walaupun nasi disediakan tanpa sebarang bayaran.

“Ini kali pertama dapat jemputan kenduri tapi kena bayar lauk dan minuman dulu. Nasi je yang free,” kata lelaki itu.

Rupa-rupanya, majlis ini bukanlah kenduri kahwin biasa, tetapi acara kutip sumbangan untuk membina bangunan tahfiz. Selepas video ini tular, ramai netizen mula membuat spekulasi dan memberikan pelbagai pendapat. Namun, lelaki itu menjelaskan bahawa membeli lauk dan minuman adalah sebahagian daripada cara mereka menyokong tujuan amal tersebut.

Similar Posts