Maryam Younare “Iron” Tudung Guna Pengering Rambut Mahal, Netizen Tak Sangka!
Sumber : Tiktok | @ryzalibrhm
Baru-baru ini, pempengaruh terkenal Ryzal Ibrahim memuat naik video di TikTok yang menampilkan dirinya bersiap bersama isterinya, Maryam Younare, dalam sebuah bilik.
Iron Tudung Guna Pengering Rambut Mahal
Dalam video tersebut, Ryzal yang sedang duduk dengan memakai jubah mandi putih sempat merakam gelagat Maryam yang sedang membetulkan tudungnya. Apa yang mencuri perhatian adalah cara Maryam ‘iron’ tudungnya, dia menggunakan pengering rambut berjenama terkenal!
“Abang beli mahal-mahal, dia guna untuk iron tudung saja? Hahaha.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berterima kasih kepada Maryam kerana memberi idea baru menggunakan pengering rambut untuk menggosok tudung. Ada juga yang terkejut bila mengetahui harga sebenar pengering rambut tersebut.
Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 525,000 kali dan mendapat lebih 12,000 tanda suka.