Apa Salah Saya Buat? Lee Zi Jia Menangis atas cerita negatif dari Media – Tekad Comeback di Olimpik LA 2028
Sumber : Tiktok | @andikaputeraa
Malaysia sekali lagi mengharumkan nama di Olimpik Paris 2024 apabila Lee Zii Jia berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara badminton. Dalam perlawanan penentuan, Zii Jia menewaskan pemain India, Lakshya Sen, dengan skor akhir 21-11. Kemenangan ini bukan sahaja memberi kegembiraan kepada negara, malah menepis segala kecaman yang diterimanya sepanjang kerjaya.
Zii Jia Luahkan Perasaan: “Apa Saya Buat Salah?”
Namun, di sebalik senyuman kejayaan, ada tangisan yang disembunyikan. Ketika ditemu bual oleh Awani, Zii Jia meluahkan perasaannya, “Saya hanya mahu membuktikan kemampuan diri saya. Awak tahu apa yang sedang berlaku.” Air mata Zii Jia jatuh apabila menceritakan bagaimana setiap pagi dia terbangun dengan membaca pelbagai berita tentang dirinya, sering kali negatif.
“Atlet badminton negara, Lee Zii Jia berkata, “Setiap pagi saya bangun dan nampak macam-macam berita pasal saya. Saya terfikir apa yang saya buat salah?” Namun begitu, dia tetap fokus pada latihannya dan tidak membalas segala kritikan yang diterima.
Janji Untuk Pingat Emas di Los Angeles
Sebelum berlepas ke Paris, Zii Jia pernah dikatakan memberikan ‘cold shoulder’ kepada wartawan, namun dia tetap bertekad untuk meraih kejayaan. Walaupun hanya meraih pingat gangsa kali ini, Zii Jia tidak akan berhenti di sini. Dia berjanji akan kembali lebih kuat di Olimpik Los Angeles 2028.
“Walaupun ini hanya pingat gangsa, tetapi ini adalah permulaan untuk saya. Saya akan kembali lebih kuat di Los Angeles, dan akan mendapatkan pingat emas itu,” kata Zii Jia dengan penuh semangat. Ini merupakan kali kedua Zii Jia menyertai sukan Olimpik, selepas kali pertama di Tokyo, di mana dia tewas kepada juara nombor satu dunia dari China, Chen Long, dalam saingan pusingan.
Dengan semangat yang tidak pernah luntur, Lee Zii Jia sudah bersedia untuk bangkit semula dan menggapai impian pingat emas yang diidamkan di Los Angeles nanti.