| |

Jep Sepahtu Berang, Podcast Buat Tambah Cerita. ‘Petik’ Nama demi untuk Konten

Sumber : Instagram | JepSepahtu

Jep Sepahtu baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah podcast yang sering menggunakan namanya untuk konten, walaupun dia tidak terlibat dalam perbincangan tersebut. Dalam satu hantaran di Instagram, Jep menyatakan kekecewaannya kerana cerita yang dibincangkan dalam podcast tersebut banyak ditokok tambah.

Walaupun tidak menyebut nama podcast berkenaan, Jep kecewa kerana namanya dipergunakan untuk meraih tontonan dan publisiti. Ini telah menimbulkan pelbagai soalan daripada peminat yang ingin tahu sama ada cerita yang disampaikan itu benar atau tidak.

Jep mengakui bahawa dia sebenarnya sudah malas untuk melayan perkara remeh seperti ini. Namun, semakin dibiarkan, semakin menjadi-jadi pula mereka mempergunakan namanya. Dia juga hairan dengan hos dan tetamu podcast tersebut yang selalu menyebut namanya.

Menjelaskan tentang cerita yang dibawa oleh podcast tersebut, Jep menegaskan bahawa kebanyakan kisah yang disampaikan adalah rekaan semata-mata dan ada yang ditokok tambah. Dia berharap selepas ini tiada lagi yang bertanya tentang cerita-cerita palsu yang mereka dengar di podcast tersebut.

Dalam satu balasan komen di Instagram, Jep berkata dia tidak kisah jika mereka ingin mengenang kembali kisah-kisahnya, tetapi dia meminta agar mereka tidak menokok tambah cerita tersebut.

Similar Posts