| |

“Ribuan Mat Rempit Lawan Arus, Netizen Risau Masa Depan Negara”

Sumber : Instagram | @hafizmahamad

Aktiviti merempit memang terkenal di kalangan anak muda, terutamanya yang berbangsa Melayu. Baru-baru ini, tular satu video di TikTok @muhammad74_7 yang menunjukkan geng mat rempit melawan arus sehingga hanya lorong tengah dapat digunakan oleh pengguna jalan raya.

Geng Mat Rempit Penuhkan Jalan, Netizen Bangga dan Risau

Dalam video tersebut, geng mat rempit memenuhi lorong kiri dan kanan jalan, seolah-olah ada acara besar di penghujung jalan. Apa yang mengejutkan, di ruangan komen, ramai pengguna TikTok bangga dengan aksi geng mat rempit ini, seolah-olah mereka adalah ‘hero’ anak muda.

Namun, lain pula ceritanya di platform X.com. Ramai pengguna platform itu meluahkan kebimbangan terhadap masa depan negara apabila golongan muda semakin berani dan tidak menghormati undang-undang.

Pandangan Netizen: “Anak Muda Kurang Ajar?”

Seorang netizen berkata, “Inilah jadinya bila ibu bapa terlalu ‘open-minded’ dengan alasan ‘takpe, masa muda ni biar la bebas. Nanti dah besar pandai la dia.’ Bila anak dibiarkan, mereka makin melampau. Dulu nakal pun masih hormat orang. Sekarang? Nakal dan kurang ajar.”

Ada juga yang berpendapat, “Mereka jadi macam ni sebab tak ada tujuan hidup. Kerja malas, belajar lagi malas. Bila hidup rasa kosong, merempit la untuk rasa thrill. Tapi bagi masyarakat, mereka ni macam sampah. Rohingya yang kerja kutip barang terpakai pun lebih baik.”

Panggilan Untuk Penguatkuasaan Tegas

Rata-rata warganet meminta pihak berkuasa lebih tegas dan proaktif menangani masalah ini. Mereka mahukan penguatkuasaan yang lebih ketat dan telus, supaya orang ramai lebih takut untuk melanggar undang-undang.

Seperti yang dikatakan seorang pengguna X.com, “Camne nak takut undang-undang kalau ia hanya tulisan dalam buku? Penguatkuasaan takde macam takde undang-undang. Nak rakyat respect undang-undang, kena tunjuk kesan/hukuman kalau tak patuh. Selagi tak rasa panas, manusia tetap main api.”

Netizen berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar kejadian seperti ini tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada semua.

Similar Posts