| |

“Netizen Puji Ananda Natasha, Mengaji Al-Quran Siap Bertarannum – ‘Masya-Allah, Suara Merdu'”

Sumber : Tiktok | @/@imanisafiyya07

Ananda Natasha, bekas isteri pempengaruh Andika Putera, mencuri perhatian ramai apabila dia menunjukkan bakatnya mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran baru-baru ini.

Dalam perkongsian oleh @imanisafiyya07, Natasha dilihat melakukan sesi siaran langsung di mana dia membaca sepotong ayat al-Quran selepas diminta oleh pengikutnya. Yang menarik, Natasha tidak hanya membaca tetapi juga bertarannum, memberikan alunan yang merdu dan mendalam.

Sehingga kini, video tersebut telah menjadi viral, mengumpulkan lebih dari 415,000 tontonan dan lebih 23,000 tanda suka.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji dan terpesona dengan keindahan bacaan al-Quran Natasha.

Similar Posts