YouTuber Kontroversi Guna Wanita Berpurdah untuk konten, Netizen Naik Angin!
Sumber : X | @ZacZakirin13
Dalam dunia pencipta konten, idea kreatif memang selalu dituntut. Tapi, ada yang sanggup guna kontroversi demi meraih perhatian. Baru-baru ini, seorang YouTuber tempatan, Ammar Nazhan, sekali lagi menjadi bahan kecaman netizen gara-gara video kontroversinya.
Guna Wanita Berpurdah untuk Konten Murahan
Seorang pengguna X menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap video Ammar yang menggunakan wanita berpurdah sebagai bahan konten. Dalam video yang tular itu, wanita berpurdah dilihat duduk bersama beberapa wanita lain dan lelaki dalam satu ruang. Yang mengundang kemarahan ramai, wanita berpurdah itu dilihat cuba mendekati Ammar dan dengan berani meminta untuk menjadi kawan.
Tindakan ini dianggap melanggar tujuan berpurdah, yang sepatutnya menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Konten seperti ini seolah-olah menggambarkan wanita berpurdah terlalu ingin mendekati lelaki, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Netizen Kecam, Tuntut Tindakan Tegas
Video tersebut pantas menerima kecaman daripada netizen yang merasakan ia tidak patut diterbitkan. Ramai yang berpendapat Ammar sengaja menunggang agama untuk meraih tontonan tinggi. Mereka berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan untuk menghentikan konten yang tidak bermoral ini.
Konten sebegini bukan sahaja mencemarkan imej wanita berpurdah, malah boleh memberikan tanggapan negatif terhadap agama Islam. Netizen kini mendesak agar ada tindakan tegas diambil untuk menghalang konten seperti ini daripada terus berleluasa.