| |

Aliff Aziz Sertai Jemaah Tabligh, Ustaz Harap Doa Semua – ‘Moga Pengakhiran Lebih Baik’

Sumber : Tiktok | @ustaz.hj.taufik.ut

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dikatakan telah mula aktif dalam aktiviti bersama jemaah tabligh baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian oleh Ustaz Haji Taufik di TikTok, kelihatan Aliff, 33 tahun, berada di sebuah masjid di Singapura.

Ustaz tersebut juga mengingatkan orang ramai agar tidak cepat menghukum orang lain.

“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa hanya guna telinga untuk hukum manusia? Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik, moga pengakhirannya lebih baik.”

Ustaz Taufik turut menyebut kata-kata ulama, “Sebenarnya, di dunia ini tiada orang jahat, cuma mereka tersalah memilih suasana.”

Ustaz Taufik berharap aktiviti keagamaan ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

“Moga suasana agama selama tiga hari ini menjadi medan tarbiah untuk kami perbaiki diri dan belajar menjadi hamba yang baik di sisi Allah SWT.”

@ustaz.hj.taufik.ut

Lailahaillallah ☝️ Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ – لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله – دَخَلَ الْجَنَّةَ. Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” dia dijamin masuk Syurga. #UT #aliffaziz #khurujfisabilillah #keluar3hari #masjidsembawang #singapura @dakwahtablighmalaysia

♬ original sound – Ustaz Hj Taufik ( UT ) – Ustaz Hj Taufik ( UT )

Similar Posts