“Peringatan dalam perkahwinan” – Pengantin Naik Van Jenazah ke Majlis Sanding, Netizen Insaf
Sumber : Tiktok | @zulsham75
Pengantin Naik Van Jenazah, Tetamu Terpegun
Majlis perkahwinan selalunya menjadi momen paling bahagia buat pengantin, dan kadang-kadang mereka memilih cara yang unik untuk meraikannya. Seperti baru-baru ini, satu pasangan pengantin di Tanjung Syawal, Klang, mengejutkan semua dengan tiba di majlis mereka menaiki van jenazah!
Pengantin Memilih Van Jenazah
Dalam video yang viral di TikTok (@zulsham75), pasangan pengantin ini menaiki van jenazah yang dihiasi riben seperti kereta pengantin biasa. Zulsham, seorang tetamu majlis, mendedahkan bahawa ayah pengantin terlibat dengan NGO Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), jadi mungkin sebab itu mereka memilih kenderaan tersebut.
Ibu pengantin pula di ruangan komen berkata, “Saya anggap van jenazah macam kereta biasa je. Semoga semua fikir baik-baik ya.”
Van Jenazah Iringi Pengantin
Tak hanya itu, ahli keluarga pengantin juga menaiki beberapa van jenazah yang bertindak sebagai ‘escort’ untuk mengiringi mereka. Memang meriah betul!
Tujuan mereka adalah untuk mendidik masyarakat, terutamanya kanak-kanak, bahawa van jenazah tidak perlu ditakuti, sama seperti ambulans.
Reaksi Netizen
Netizen di ruangan komen teruja dengan idea ini. Ada yang berkata, “Lain dari yang lain. Memang luar biasa.” Ramai juga berpendapat bahawa penggunaan van jenazah ini mengingatkan mereka tentang kematian dan Allah SWT walaupun sedang bergembira.
Seorang netizen berpendapat, “Simbolik jodoh dan kematian, memang mendalam.”
Sementara itu, ramai juga yang mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin tersebut. Ada juga yang berpendapat bahawa unit khas pada MPV itu merujuk kepada pelbagai fungsi.
“Okaylah, kan ada tulis unit khas. Khas ni maksudnya boleh guna untuk pelbagai fungsi. Apa-apa pun selamat pengantin baru,” ujar seorang netizen.