| |

“DBKL Tawar Diskaun Saman Besar-Besaran Sempena Merdeka & Hari Malaysia, Tapi Ada Syarat!”

Sumber : NST

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang semakin dekat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) buat kejutan dengan tawarkan diskaun besar-besaran untuk denda tertunggak melibatkan kesalahan trafik dan am!

Untuk kesalahan trafik, diskaun khas ini melibatkan semua jenis kenderaan. Bayangkan, saman untuk motosikal boleh dapat diskaun jadi RM10 je! Kereta, MPV, dan lori kecil pula hanya RM20. Kalau bas dan lori besar, diskaunnya sampai RM50!

Tapi, jangan teruja sangat. Bukan semua dapat diskaun ni. Kenderaan yang dah disenarai hitam tak layak. Untuk kesalahan am seperti lesen menjaja yang tak melibatkan warga asing, denda dikurangkan jadi RM100.

Promosi diskaun ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2024. Jadi, cepat-cepatlah selesaikan saman tertunggak anda!

Tapi ingat, ada beberapa kesalahan yang memang tak dapat diskaun langsung. Antaranya, kesalahan di bawah Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987, khususnya yang melibatkan lorong bas. Selain itu, kesalahan di bawah undang-undang kecil seperti Pengangkutan Bahan, Pasar Borong, Hotel, Hiburan, dan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan pun tak layak untuk diskaun ni.

Paling penting, kalau melibatkan warga asing tanpa permit kerja yang sah, maaflah, memang tak ada diskaun untuk anda. Jadi, sebelum tergesa-gesa bayar saman, pastikan kesalahan anda layak untuk dapat diskaun istimewa ni!

Similar Posts