| |

M Nasir Sambut Hari Lahir Anwar dengan Meriah di Konsert Cipta

Sumber : Facebook | Anwar ibrahim

Di tengah kemeriahan konsert M Nasir yang bertemakan “45 Tahun Cipta” di Axiata Arena, Bukit Jalil, satu detik istimewa berlaku apabila M Nasir menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu” khas untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ribuan peminat yang hadir turut sama menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat, menjadikan suasana di dalam stadium tersebut semakin meriah.

M Nasir yang segak berpakaian Melayu, selaras dengan tema “Pendekar dan Tradisional” konsert tersebut, mempersembahkan lagu tersebut selepas segmen pertama konsertnya. Beliau juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kehadiran Anwar yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77.

Anwar, yang tampil bergaya dengan busana pahlawan berona coklat lengkap dengan tanjak, berdiri dari tempat duduknya ketika lagu tersebut dinyanyikan. Ribuan pengunjung turut berdiri dan memberi sokongan penuh.

Sebagai tanda penghormatan, pulut kuning diserahkan kepada Anwar selepas lagu tamat. Konsert tersebut kemudian diteruskan dengan M Nasir mempersembahkan lagu khas yang didedikasikan kepada As-Syahid Ismail Haniyeh.

Dalam konsert yang berlangsung lebih tiga jam itu, M Nasir mempersembahkan lebih daripada 30 buah lagu yang merangkumi karya-karya terbaiknya sepanjang lebih empat dekad dalam industri muzik. Lagu-lagu seperti Apokalips, Tanya Sama Itu Hud Hud, Mentera Semerah Padi, Sentuhan Listrikmu, dan Senja Nan Merah antara yang turut dipersembahkan, menghiburkan peminat yang hadir.

@utusanonline

Meraikan ulang tahun ke-77 hari ini, nyanyian lagu ‘Selamat Ulang Tahun’ khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir menyaksikan Konsert Datuk M.N45IR CIPTA di Axiata Arena #mnasir #pmx #anwar

♬ original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia
https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid0shnCQg2wJfTUEB53xdGw5z7H9CJEFAWiVH9SbnKS4cSrreVCw1wzBBSeGH83ZoThl

Similar Posts