·

“Marvel perkenal Watak X-Men Baru warganegara Singapura dengan Kuasa ‘Hyper-Focus’ 

Sumber : The Vocket

Marvel buat hal lagi dengan memperkenalkan watak baru dalam siri X-Men, tapi kali ini dari Singapura! Nama watak ni, Sofia Yong, pertama kali muncul dalam komik ‘Uncanny X-Men #1’ yang diterbitkan pada 7 Ogos lalu. Tapi apa yang buat Sofia ni lain daripada yang lain?

Dikenali dengan nama samaran “Jitter,” Sofia ada kuasa luar biasa yang dipanggil “Hyper-Focus.” Dengan kuasa ni, dia boleh menguasai apa-apa kemahiran atau bakat yang dia fokuskan dalam sekelip mata, tanpa perlu bertahun-tahun berlatih macam orang biasa. Sounds too good to be true, kan? Tapi, jangan happy sangat, sebab kuasa ni ada harganya. Kalau Sofia guna terlalu lama, dia akan jadi terlalu letih, sampai tak boleh function.

Watak Sofia ni digambarkan sebagai seseorang yang tak boleh duduk diam. Dengan jam sentiasa di tangan, dia tak pernah benarkan dirinya berhenti, “tak tidur pun tak apa.” Macam tak pelik pun sebab gaya hidup Sofia ni sangat kena dengan budaya kerja keras orang Singapura yang sentiasa sibuk, produktif, dan tak reti nak rehat.

Pengenalan watak Sofia Yong ni dah mula mencetuskan perbincangan panas dalam kalangan netizen, terutamanya dari Singapura. Ada yang rasa kuasa dan personaliti Sofia ni sangat “Singapura.” Seorang pengguna Reddit siap panggil Sofia ni “ultimate student,” merujuk kepada budaya belajar gila-gila di Singapura. Yang lain pula sempat bergurau yang Sofia takkan pernah curi tulang sebab takut kena label “lepak” atau malas.

Apa yang menarik, ada yang ingat watak ni cuma satira atau parodi pada awalnya. Tapi, lepas sedar yang Sofia ni watak sebenar dalam dunia Marvel, terus ramai yang tak sabar nak tengok apa lagi yang akan jadi.

Dalam isu kedua komik ni yang akan keluar September nanti, Sofia Yong bakal bertembung dengan Gambit, salah satu watak X-Men yang paling popular. Confirm, ramai yang tak sabar nak tengok pertarungan epik ni!

Dengan kuasa yang memang ngam dengan budaya kerja keras di Singapura, Sofia Yong bukan sekadar watak baru dalam Marvel, tapi juga satu refleksi unik terhadap realiti masyarakat Singapura yang penuh dengan tekanan.