| |

“Pakai Rantai, Hafal 30 Juzuk Al-Quran Lelaki Muda Ini Cipta perdebatan di kalangan Netizen”

Sumber : Tiktok | @qawiyaro

Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan video seorang lelaki, Boy, yang lancar membaca Surah Maryam ayat 1-6 walaupun penampilannya yang agak mengejutkan—pakai rantai dan berpenampilan moden.

Mungkin anda dah biasa tengok macam-macam jenis eksperimen sosial di media sosial, kan? Salah satu yang sering viral ialah ‘tebuk’ al-Quran yang dijalankan oleh seorang influencer, Qawiy. Dalam video-video dia, orang ramai diuji untuk menyambung bacaan petikan al-Quran. Kadang-kadang, Qawiy ni datang tiba-tiba, tapi ramai juga yang mampu sambung ayat dengan baik walaupun tengah gementar.

“Boy Hafal Semua 30 Juzuk Al-Quran”

Dalam satu video terbaru di TikTok, Qawiy buat eksperimen sosial lagi, kali ni di Kuala Fashion Week (KLFW) 2024 di Suria KLCC pada 4 Ogos lalu. Boy, yang baru berumur 18 tahun, dengan penuh keyakinan mengaku dia hafal semua 30 juzuk al-Quran. Malah, dia sendiri yang datang minta ‘ditebuk’ oleh Qawiy!

Sebelum diuji, Boy sempat uji Qawiy dulu untuk tengok sejauh mana Qawiy hafal al-Quran. Qawiy pun berjaya sambung dengan lancar. Bila tiba giliran Boy, dia terus pamerkan kemahirannya membaca Surah Maryam dengan suara merdu, bak imam masjid. Rupanya, Boy ni dah bergelar Hafiz sejak umur 15 tahun!

Netizen X (Twitter) Reaksi: “Jangan Nilai Orang Dari Luaran”

Perkongsian video ini tak ambil masa lama untuk viral di X (Twitter). Helmi Haqiem, seorang pengguna X, cepat-cepat beri reaksi yang hantaran ini patut jadi pengajaran supaya kita tak mudah menilai orang hanya dari penampilan luaran.

Reaksi Campur Netizen: “Hebat Hafal, Tapi Kenapa Berantai?”

Ramai yang memuji nada dan keupayaan Boy dalam membaca al-Quran. Ada yang meremang bulu roma dengar bacaannya yang sayu. Namun, tak kurang juga yang kritik penampilan Boy yang dianggap tak sesuai untuk seorang Hafiz.

“Ada yang kata, dah hafal al-Quran tu bagus, tapi kenapa pula pakai rantai? Jaga sikit penampilan tu, biar sesuai dengan status sebagai Hafiz,” komen seorang lelaki.

Ada juga yang minta netizen lain berhenti mengkritik Boy dan sebaliknya doakan yang baik-baik buat dia. “Kita semua manusia biasa. Lebih baik doakan yang terbaik,” kata seorang wanita.

Dengan video ni, Boy bukan saja berjaya tunjukkan kehebatan dia dalam menghafal al-Quran, tapi juga mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen tentang penampilan dan agama. Apa pun, yang penting, pengajaran di sini ialah jangan cepat sangat menilai orang dari luaran.

@qawiyaro

Tebuk Quran yang tak disangka sangka kat KL Fashion Week ☝🏽😍 #quranchallenge #mantuy

♬ original sound – qawiyaro – qawiyaro

Similar Posts