| |

“Main Pakai Je! – Wanita Dikecam Gara-Gara Jadikan Bahagian Muka Telekung Sebagai Kain”

Sumber : Facebook

Telekung, pakaian yang sudah sinonim dengan umat Islam di Malaysia, biasanya digunakan untuk menunaikan solat dan menutup aurat.

Kini, kemudahan telekung boleh didapati di merata tempat seperti masjid, surau, dan hentian rehat. Seharusnya, kita sama-sama menjaga telekung ini agar semua orang dapat menggunakannya dengan baik.

Namun, baru-baru ini, satu kejadian yang agak mengejutkan telah menjadi tular apabila seorang individu dilihat menyalahgunakan telekung yang disediakan di masjid.

Ambil Bahagian Muka Telekung, Jadikan Kain

Melalui sebuah posting di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas melihat perbuatan tidak bertanggungjawab seorang individu yang mengambil bahagian muka telekung di masjid dan menggunakannya sebagai kain.

Difahamkan, ketika itu telekung yang lengkap tidak mencukupi, hanya tinggal bahagian muka telekung sahaja. Tanpa rasa bersalah, individu tersebut mengambil dua helai bahagian muka telekung dan menjadikannya sebagai kain.

Tindakan tersebut membuatkan wanita itu terkejut dan kecewa dengan sikap individu berkenaan.

“Lepas tu dia ambil dua helai telekung. Ingatkan nak bagi kawan dia satu. Rupanya dia jadikan bahagian muka telekung tu sebagai kain telekung.

“Telekung bukan sekadar pakaian untuk solat, tapi juga simbol kesucian, kebersihan, dan adab kita di depan Allah SWT. Tapi ada juga yang salah guna telekung masjid – tak lipat, tak gantung, kena mekap, malah ada yang bawak balik.

“Bila bukan hak kita, kita guna tanpa rasa tanggungjawab. Tak peduli langsung,” tulis wanita tersebut.

Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai, yang rata-ratanya mengecam tindakan individu tersebut dan mengingatkan betapa pentingnya menjaga kemudahan awam seperti telekung.

https://www.facebook.com/lieza.ghazali.1/posts/10235150005037771?ref=embed_post

Similar Posts