| |

“Pekebun Akhirnya Bersuara: Dituduh Jadi Punca Kematian Dua Kanak-Kanak Akibat Keropok Beracun”

Sumber : Facebook

Selepas lama difitnah, seorang pekebun yang dituduh menjadi punca kematian dua kanak-kanak akibat keropok beracun akhirnya tampil bersuara. Dalam satu posting di Facebook, dia berkongsi kisah sebenar yang mengejutkan ramai.

“Aku lah si pekebun yang kena tahan… Semata-mata disebabkan kecuaian mak dan penjaga dua mangsa tu (alfatihah)… Aku kena tahan dalam 8 hari, buta-buta kena tangkap. Tapi, mak dan tok budak-budak tu masih bebas lagi… Cerita sebenarnya macam ni…”

Menurutnya, keropok itu diletakkan di atas pagar setinggi 4 kaki setengah. Tak logik budak umur 2 atau 3 tahun boleh ambil. Tambahan lagi, keropok itu bukanlah di tepi jalan, tetapi di dalam kawasan kebun, berhampiran hutan di laluan kera masuk ke tempat dia tanam pisang. Katanya lagi, orang kampung lain pun ada buat keropok yang sama dan gantung di pokok. Jadi, tak semestinya budak-budak itu ambil keropok dari kebunnya.

Dia juga mendakwa, sepanjang kes ini berlaku, tak ada seorang pun wartawan yang datang ke rumahnya untuk dengar cerita sebenar. “Semua orang pergi rumah tok budak-budak tu… Tok dia pula banyak putar belit cerita,” ujarnya. Kalau ada wartawan atau NGO datang rumah dia, dia sanggup ceritakan hal sebenar, tapi sayangnya, tak ada siapa yang datang. Yang datang hanyalah pihak polis.

Pekebun itu juga menyatakan, keluarga mangsa bukanlah orang yang menjaga budak-budak tu dengan baik. “Anak yang nombor dua tu lahir pun bukan di hospital, tapi dalam bilik air. Budak-budak tu memang terabai dari kecil lagi… Pernah dulu budak dua orang tu sampai rumah aku dengan pampers penuh dengan najis…,” tambahnya lagi. Menurutnya, tok budak-budak itu langsung tak ambil tahu hal cucunya, tetapi bila dah jadi kes macam ni, dia pula nak berlagak jadi mangsa.

Dia turut meluahkan rasa kecewanya kerana pihak berkuasa tak mengambil tindakan terhadap keluarga mangsa. “Aku dah ditahan, kenapa mereka masih lagi tak ditahan… Kalau nak tahan, tahanlah kedua-dua pihak…”

Akhirnya, dia menyatakan rasa terima kasih kepada netizen yang menyokongnya dalam kes ini. “Terima kasih kepada netizen yang backup aku… Ini adalah fakta sebenar,” katanya sebelum mengakhiri posting tersebut.

#KisahKeropokBeracun

Similar Posts