| |

Wak Doyok Kena Santau Angin? “Kuku Kebiruan, Malam Susah Tidur!”

Sumber : Oh my Media

Pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok, baru-baru ini buka cerita tentang dirinya yang sedang berjuang untuk pulih dari gangguan sihir yang merosakkan kesihatannya.

Menurut laporan Kosmo! Online, Wak Doyok, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, terkejut apabila disahkan terkena santau angin selepas menjalani rawatan tradisional.

“Saya baru je pulih daripada gangguan mistik. Rupa-rupanya saya kena santau angin. Bukan nak tuduh, tapi saya dah pergi banyak doktor, makan ubat, tapi tak sembuh-sembuh,” kata Wak Doyok.

Dia bercerita, “Waktu Maghrib, saya batuk teruk, tekak gatal dan kering. Malam pula susah nak tidur. Alhamdulillah, sekarang dah ada perubahan, cuma masih kena berpantang. Tak boleh makan makanan yang bercucuk.”

Dari tanda-tanda yang dia alami, Wak Doyok yakin bahawa ini adalah kesan santau daripada orang yang tidak bertanggungjawab. “Kuku jadi kebiru-biruan, itu antara tanda santau yang jelas,” jelasnya.

Walaupun mengalami gangguan tersebut, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini tetap berlapang dada. Dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan sentiasa berdoa agar pulih dan boleh kembali bekerja untuk keluarganya.

“Saya tak tahu siapa yang hantar sihir ni, mungkin kenalan terdekat. Saya tak ada musuh, hutang pun dengan bank je. Mungkin ada juga yang dari mata dan percakapan. Saya maafkan orang yang buat ni, tapi dia tetap kena jawab dengan Allah,” ujarnya.

Wak Doyok kini semakin dikenali dalam industri hiburan, terutamanya selepas penampilannya dalam Abang Long Fadil 2, dan sekarang banyak dapat tawaran berlakon, terutama di platform OTT.

Similar Posts