·

“Batman” Johor Kena Tangkap? Ini Cerita Sebenar Di Sebalik Video Tular

Sumber : Tiktok | @@batmanmalaysia

Batman Malaysia Jawab Spekulasi: “Bukan Sebab Tak Bawa IC, Okay?”

Baru-baru ni, kecoh di media sosial dengan video 13 saat yang menunjukkan ‘Batman’ Johor kena tangkap dengan polis. Video tu cepat betul viral sampai dah lebih 10 juta tontonan di Facebook dan TikTok!

‘Batman Malaysia’ yang terlibat dalam video tu tetap bertegas untuk tak dedahkan nama sebenar atau kerjayanya. Apa yang dia sanggup kongsi adalah, dia cuma seorang penghibur yang selalu diupah untuk acara-acara seperti majlis sekolah.

Video yang tular tu tunjuk ‘Batman’ Johor digari dan diiringi oleh seorang anggota polis masuk ke dalam kereta peronda. Tapi, betul ke dia kena tangkap sebab buat jenayah?

Bila ditanya tentang kejadian tu, ‘Batman Malaysia’ jelaskan yang semua tu cuma salah satu babak dalam konten video yang dia buat.

“Sebenarnya, saya dijemput oleh pengetua sekolah, Cikgu Muhammad Zaki, untuk buat persembahan perasmian sambutan ulang tahun ke-100 SK Parit Bunga. Polis pun ada kat sana sebab diorang dijemput untuk meriahkan lagi acara sekolah,” katanya.

Dia juga nafikan khabar angin yang kata dia kena tahan sebab tak bawa kad pengenalan. Ramai yang buat spekulasi lepas tengok video tu, tapi ‘Batman Malaysia’ dengan tenang jelaskan semua tu tak betul.

Rupanya, kat ruangan komen pun ramai netizen buat lawak dan beri respon macam-macam pasal ‘tangkapan’ Batman ni. Tapi akhirnya, semua tu cuma gurauan semata-mata!