| |

Chef Zam Mengamuk Restoran Famous Jual Nasi Lemak Telanjang, Nak Sambal Kena Tambah Duit!

Sumber : Tiktok | @chef.zam

“Jangan cuba nak tipu duit customer!” – Chef Zam.

Cef popular, Datuk Zamzani Abdul Wahab, atau lebih dikenali sebagai Chef Zam, baru-baru ini naik angin selepas mendapati sebuah restoran terkenal di pusat beli-belah menjual nasi lemak dengan harga yang tak masuk akal.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Chef Zam meluahkan rasa tak puas hatinya selepas set nasi lemak dengan rendang ayam dan air teh ais yang dibelinya mencecah RM17.90.

Yang buat Chef Zam lagi geram, rendang ayam yang diterima dalam set tu nampak sangat sikit. Lebih parah lagi, nasi lemak yang dibelinya kosong, tanpa sambal langsung!

“Jangan cuba nak menipu duit customer boleh? Kepala hangguk dia jual nasi lemak tak ada sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!

“They expect you to buy additional sambal to eat with RM5.90 nasi lemak telanjang. Seriously?,” katanya dengan nada marah.

@chef.zam

Jangan cuba menipu duit customers!, boleh??? Kepal hangguk dia jual nasi lemak tak de sambal & kena tambah duit lain kalau nak sambal!!!🤬🤬🤬🤬 @Bungkus Kaw Kaw @KPDN SELANGOR @KPDN

♬ original sound – Chef.Zam – Chef.Zam

Similar Posts