| |

“Siapa Sangka? Perlumbaan Siput di TikTok Jadi Fenomena, Santai & Menghiburkan!”

Sumber : Tiktok

Tak disangka-sangka, seorang pengguna TikTok, Ash (@tansri_ash), secara tak sengaja berubah menjadi penganjur perlumbaan siput yang menarik ribuan penonton!

Kisahnya bermula dengan niat menjual barang di TikTok, seperti penjual lain. Tapi malangnya, dia hanya menarik perhatian 4 hingga 5 orang saja. Suatu hari, ketika sedang menjual barangan secara live, seorang penonton meminta dia beli 20 ekor siput.

Tak tahu apa tujuan siput-siput itu, dia tetap beli untuk membantu. Siput-siput itu diletakkan di atas meja dalam beg terbuka, dan dia teruskan jualan. Tapi perhatian penonton mula beralih kepada siput-siput yang perlahan-lahan merangkak keluar dari beg. Bukannya fokus pada jualan Ash, mereka sibuk memberi komen tentang pergerakan siput.

Ash pun sedar, siput-siput itulah yang menjadi tarikan utama. Dia mula mengatur perlumbaan siput dengan komen-komen lucu yang mencuit hati. Hasilnya? Hadiah bernilai ribuan ringgit mula diterima setiap kali dia mengadakan perlumbaan secara live. Dan seperti yang dikatakan, selebihnya adalah sejarah.

Netizen pun tak kurang lucunya. Ada yang tertanya-tanya sama ada Ash guna siput yang sama setiap kali berlumba. Mereka juga puji kemahiran rakamannya, seolah-olah menonton perlawanan badminton atau perlumbaan keirin!

Walaupun nampak remeh, perlumbaan siput Ash ini berjaya tarik penonton baru. Malah, ada yang rakam semula video live itu untuk ditonton kembali. Bagi mereka, menonton perlumbaan siput adalah cara santai dan menyeronokkan selepas seharian bekerja. Perlumbaan ini juga buatkan mereka teringat pada filem animasi Turbo, tentang siput yang berlumba.

@irfanfashion___

SiputLimpik 🫡🏆kemain aku siap record panjang2 kita belanja part awal dulu la 🤭 #fyp #support #trending #fypシ゚viral #tansriash #siputsedutrace #siputsedut

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Similar Posts