| |

“Hati-Hati, Anda Boleh Ketagih Malaysia: Warga Asing Beri Amaran Mengejut!”

Sumber : The Vocket

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial memberi amaran lucu kepada pelancong asing yang ingin datang ke Malaysia: “Hati-hati, anda mungkin ketagih dan asyik nak datang lagi!”

Kata-kata ini bukan sekadar gurauan. Negara ini memang mempesona, sampai ramai yang tak boleh tahan untuk tak datang semula. “Anda boleh ketagih dengan Malaysia dan juga dengan penerbangan nasionalnya, kecuali kalau anda sanggup beli tiket kapal terbang 2 atau 3 kali setahun,” tambah pengguna tersebut dengan nada bergurau.

Posting ini disertakan dengan gambar-gambar cantik Malaysia, dari pemandangan menara tinggi di Kuala Lumpur hingga pesawat Malaysia Airlines yang ikonik. Ramai yang mengakui dalam ruangan komen bahawa mereka pun sudah “terperangkap” dengan keindahan Malaysia.

“Maaf, tapi kami dah ketagih! Ini kali keempat kami datang Malaysia tahun ni,” kata seorang pelancong yang nampaknya tak boleh nak berhenti datang.

Ketagihan ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Malaysia memang ada banyak tarikan selain daripada Kuala Lumpur. “Malaysia bukan sekadar KL. Pelancong kena explore tempat-tempat lain,” kata seorang lagi pengguna yang mengesyorkan pelancong untuk melawat lebih banyak tempat di negara ini.

Tapi, bukan hanya tempat-tempat menarik yang membuatkan orang datang kembali, tapi juga makanan! “Sila datang lagi kalau anda terlepas Nasi Lemak, Roti Canai, sate, Ramly Burger, rendang…,” tulis seorang rakyat Malaysia, sambil menyenaraikan pelbagai hidangan yang memang susah nak dilupakan.

Selain itu, rakyat Malaysia yang mesra dan fasih berbahasa Inggeris juga menjadikan negara ini mudah untuk dikunjungi. “Malaysia terkenal dengan rakyat yang mesra, makanan sedap, dan pulau-pulau yang cantik. Ramai yang boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris,” komen seorang lagi pelancong.

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines pun tak ketinggalan menerima pujian. “Gembira anda sebut Malaysia Airlines. Senang hati tahu anda enjoy terbang dengan syarikat penerbangan nasional kami,” kata seorang pengguna yang bangga dengan jenama tempatan.

Daripada semua komen ini, jelas Malaysia ada kombinasi unik yang buat orang tak boleh lupakan—keindahan alam, makanan yang sedap, rakyat yang mesra, dan infrastruktur yang moden. Tak hairanlah ramai pelancong, tempatan mahupun asing, jadi ‘ketagih’ nak datang lagi!

https://thevocket.com/datang-malaysia-hati-hati-takut-ketagih-warga-asing-beri-amaran/

Similar Posts