Kontroversi Kecoh! Artis Wanita Popular Didakwa Pukul Pembantu, Sepupu Pun Turut Terlibat?
Sumber : Oh Bulan
Baru-baru ini, tular satu laporan polis mengejutkan mengenai dakwaan seorang pembantu peribadi yang mendakwa telah dipukul oleh pelakon wanita terkenal.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di pejabat jualan barang kecantikan pada 6 Ogos lalu. Dalam laporan polis tersebut, pelakon yang dikaitkan ialah Uqasha Senrose, atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen.
Mangsa mendakwa Uqasha telah membaling kotak ke mukanya, merentap tudungnya, dan meludahnya. Lebih mengejutkan, sepupu Uqasha, Aprena Menrose, juga didakwa terlibat. Aprena didakwa menampar mulut mangsa berkali-kali dan memukul lengannya menggunakan penyangkut baju.
Tambah merisaukan, wanita itu juga mendakwa telah diugut dengan gunting oleh Aprena sebelum senjata tajam itu dirampas oleh adik Uqasha. Laporan polis berkenaan dibuat pada 14 Ogos lalu.
Sebelum ini, Uqasha telah menafikan dakwaan tersebut melalui siaran langsung di TikTok, menegaskan bahawa dia bukan artis yang dimaksudkan.