| |

Shuk Sahar & Fara Salleh: Umrah Jadi Titik Damai

Sumber : Lobak Merah

Di tengah kemelut rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh, nampaknya ada sinar harapan apabila pasangan ini memilih untuk berdamai dengan menunaikan ibadah umrah bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuk dan Fara dilihat bersama di hadapan Masjid Nabawi, membuat ramai netizen teruja dan berdoa agar hubungan mereka kembali pulih seperti sediakala.

Ruangan komen dipenuhi dengan harapan dari netizen yang mendoakan mereka agar menemukan penyelesaian terbaik dan kekal bersama sebagai suami isteri.

Tidak ketinggalan, penyanyi Aiman Tino turut menitipkan doa agar umrah mereka diterima, sambil menasihati supaya fokus pada ibadah dan abaikan segala komen negatif di media sosial.

Mungkin inilah tanda-tanda bahawa cinta mereka masih utuh? Netizen terus berteka-teki!

Similar Posts